Tuesday, February 21, 2012

"Impian Membina Harapan "

Segulung impian yg kita tanam , kita semestinya ingin ianya menjadi satu harapan dan sinar baru dalam kehidupan. Kini, mampukah aku bertahan dan mencari cabaran baru untuk ditempuhi?
Suatu hari nanti , masing2 akn pergi membawa diri . Tanda ikatan persahabatan yg sejati hanya dapat diselitkan didalam memori hati yg sering kita ingati.

Suatu hari nanti , aku percaya yang kita semua akan membina satu "Erti Kehidupan" yang sebenar. Tetapi , kenapa aku harus melebihkan dia daripada orang lain ? Kenapa aku harus 'mencintai' dia? Siapa dia bagi diriku?
Dia sebenarnya hanyalah seorang sahabat biasa, pada awalnya dia hanyalah seorang rakan yg aku kenali dgn nama pangilan biasa. Akan tetapi, aku suka tentang perwatakannya yg lucu bagiku. Aku sendiri menganggap dia sebagai adix aku sendiri . Untuk mencintai dia adalah satu jalan yg salah, tetapi aku menyayangi dia sama seperti para sahabat yang lain yang pernah aku kenali.

Aku seolah-olah tidak dapat berpisah denganya. Entah bagaimana, aku amat menyukai perwatakannya yang manja dan lucu itu.

Biarlah itu semua tersimpan dan tersirat didalam hati ini, Aku amat berharap kepadamu sahabat, persahabatan kita akan kekal abadi.


Ianya hanyalah sebaris kata ..

Aku merindui Adinda Amin

Thursday, February 2, 2012

" Masa Semakin Suntuk "




Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, "Perang Kali Kedua" bakal kami tempuhi. Aku merasakan umpama baru semalam aku melangkah kesini. Aku sedar yg masa semakin suntuk untuk kami hadapi cabaran dan rintangan yg bakal kami hadapi. Aku berdepan pelbagai cabaran yg berliku untuk sampai ketahap ini. Mampukah aku mengejar kesemua yg pernah aku impikan selama ini? Aku mula belajar 'erti kehidupan' yg sebenar apabila aku melangkah ke 'alam menengah' ini. Aku mula mengenali erti persahabatan yg sebenar apabila aku berada disini. Aku ingin lupakan kesemua sejarah silam dan detik hitam yg pernah aku alami. Biarlah itu semua berlalu, aku tidak dapat merubah apa2 lagi dan aku harus cuba utk terus melangkah kehadapan. Akan tetapi, mampukah aku hadapi semuanya tanpa 'dia'?
Siapa 'dia' dalam diriku dan siapalah aku baginya? Rakan yg pernah  aku kenali seperti insan biasa, tetapi didalam hatinya ada seribu erti persahabatan. Adakah aku masih belum mengenali 'dia' sepenuhnya?
Jika aku masih diberi waktu, aku doakan agar persahabatan ini kekal hingga keakhir hayat. Biarlah teman sejati menjadi tanda ikatan persahabatan ini. Aku bukan untuk dirinya .

"Aden Ezmint"