Thursday, February 2, 2012

" Masa Semakin Suntuk "




Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, "Perang Kali Kedua" bakal kami tempuhi. Aku merasakan umpama baru semalam aku melangkah kesini. Aku sedar yg masa semakin suntuk untuk kami hadapi cabaran dan rintangan yg bakal kami hadapi. Aku berdepan pelbagai cabaran yg berliku untuk sampai ketahap ini. Mampukah aku mengejar kesemua yg pernah aku impikan selama ini? Aku mula belajar 'erti kehidupan' yg sebenar apabila aku melangkah ke 'alam menengah' ini. Aku mula mengenali erti persahabatan yg sebenar apabila aku berada disini. Aku ingin lupakan kesemua sejarah silam dan detik hitam yg pernah aku alami. Biarlah itu semua berlalu, aku tidak dapat merubah apa2 lagi dan aku harus cuba utk terus melangkah kehadapan. Akan tetapi, mampukah aku hadapi semuanya tanpa 'dia'?
Siapa 'dia' dalam diriku dan siapalah aku baginya? Rakan yg pernah  aku kenali seperti insan biasa, tetapi didalam hatinya ada seribu erti persahabatan. Adakah aku masih belum mengenali 'dia' sepenuhnya?
Jika aku masih diberi waktu, aku doakan agar persahabatan ini kekal hingga keakhir hayat. Biarlah teman sejati menjadi tanda ikatan persahabatan ini. Aku bukan untuk dirinya .

"Aden Ezmint"

No comments:

Post a Comment