Thursday, January 26, 2012

"Dengan Sebatang Pen.. Aku Berkarya .. "

Erti Kehidupan

Dunia telah tercipta jutaan tahun lamanya, dan sejak itulah tamadun manusia bermula. Kerana Cinta Kita Abadi, Kekal Hingga Kehari Ini. Aku melihat anak2 kecil bermain, mereka riang, gembira. Akan tetapi, pernahkah kita sedar bahawa ada manusia yang tidak gembira akan dunia? Kehidupan adalah satu perjalanan menuju abadi. Dunia hanyalah pentas untuk persinggahan sementara. Anak2 kecil dibandaraya yang tidak pernah tidur, ada yg derita dan sengsara akibat buatan manusia. Ini adalah lumrah kehidupan. Ketidakadilan hidup menjadi kunci bahawa dunia adalah alam yang sering disebut "Fana".

Aku ingin melihat apa yg ada diluar sana. Aku ingin tahu apa yg mereka buat diluar sana. Dan aku ingin jelajah seluruh pelusuk dunia untuk melihat tamadun diluar sana. Aku sedar, dunia ini hanya sementara, dan ramai yg memperkatakan bahawa dunia ini tidak lama. Dunia ini sudah tua. Bagaikan satu mimpi, aku merasakan umpama semalam peristiwa itu berlaku. Semuanya sudah berlalu. Tidak perlu lagi untuk ku menceritakannya disini. Aku ingin mencari sebuah ketenangan yg abadi yg ada diluar sana. 

No comments:

Post a Comment