Sunday, January 1, 2012

Dunia yang satu

Salam bicara aku dahulukan. 2011 telah berlalu, dan ia tidak akan kembali lagi secara abadi. Kita harus teruskan kehidupan ini, dan kita harus menanam azam yang masih belum terlaksana. Bagiku secara peribadi, aku menyifatkan yang tahun 2011 adalah satu tahun yang paling mencabar buatku. Ianya tidak akan kembali lagi, kesemua kenangan manis & pahit serta pengalaman indah, suka dan duka yang mungkin tidak dapat aku lupakan. Kesemuanya aku catatkan didalam sebuah "Diary Kehidupan" yang tidak akan aku lupakan. Aku masih mengenang akan kemanisan cinta yang pernah ku alami, tetapi biarlah ia berlalu sebagai satu pengalaman yang tidak mungkin aku lupakan.

Pada tahun ini, satu lagi "Peperangan tahap ketiga" terpaksa aku tempuhi. Dua tahun telah berlalu, masa untuk aku mempersiapan bala tentera serta mempertajamkan segala senjata untuk aku sekali lagi menamatkan "Peperagan" ini dengan noktah kemenangan. Pada 2010, aku tidaklah setaraf gagal namun aku amat kecewa kerana aku tidak dapat memenagi "Peperagan Tahap Satu" itu. Tetapi ianya telah berlalu. Aku harus menanam azam yang tinggi untuk mencapai kemenagan abadi. Jika aku ingin meneruskan segala impian yang pernah aku impikan, aku harus melaksanakannya bermula daripada sekarang. Mungkin tiada lagi jalan pintas untuk mencapai sebuah kejayaan. Tiada lagi fantasi yang sering aku bina didalam mimpi. Aku harus melangkah kehadapan. Biarpun aku terpaksa menghadapi segala halangan ini.

Mungkin selama ini hanya aku yang dibuai mimpi, aku leka dengan keasyikan duniawi. Akan tetapi, aku sedar betapa mencabarnya hidup didunia ini. Aku telah menempuah pelbagai cabaran dan dugaan, tetapi ianya tidaklah sehebat seperti cabaran yang pernah ditempuhi insan yang lain. Benar, ketidakadilan hidup adalah satu lumrah didalam kehidupan. Cuba kita lihat mereka yang susah diluar sana, dunia ini adalah satu pentas drama yang terhebat.

Aku sering memandang langit senja serta tiupan angin yang sayu membelai kalbu, ianya hadir dengan seribu kisah yang tidak dapat dirungkai. Semalam adalah sejarah, Hari ini adalah realiti dan esok adalah misteri.
Kita harus melihat dan menilai sejauh mana kemampuan kita daripada masa yang telah berlalu. Kita harus belajar daripada kesilapan, berlajar untuk tidak mengulanginya kembali. Kita harus tempuhi segala cabaran dan dugaan pada hari ini. Setiap yang hadir ada hikmahny, yang pergi tidak akan kembali. hanya doa tulus ikhlas mengiringi. Aku memandang langit senja yang bertukar menjadi kekuningan, daripada warna biru yang terang dan cerah. Malam bakal kembali. Ibu kota yang tidak pernah tidur akan dibuai dengan keasyikkan duniawi sekali lagi. Aku merenung jauh pada gugusan awan yang sedang bergerak mengirigi masa yang berlalu. Aku terpandang burung - burung kecil yang berterbangan dilangit biru. Namun aku tidak pernah terlihat ia, dimanakah ia sebenarnya ??
Apa yang aku sedang mencari?
Aku tidak pernah nampak dimana masa hadapan? Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, dan Dia yang menentukan. Aku merindui sahabat-sahabat yang menjadi teman sejati selama ini . Akan tetapi, apakah suatu hari nanti kami akan berpisah jua ? Aku sentiasa doakan agar persahabatan kekal abadi hinnga keakhirnya . Bagiku, mereka adalah penghibur selama ini . Tanpa mereka, mungkin aku tidak mengerti erti yang sebenar . Sememangnya benar, "Esok adalah Misteri .. "


ZACK KOTARAYA

"kau yang tak pernah tidur "                                                                      Zack Wildan

No comments:

Post a Comment