Sunday, January 1, 2012

love seekers

Kali pertama aku mendengar luahan hati seorang wanita terhadap cinta. Terlalu perit untuk menelan semuanya. Ia adalah tentang Cerita Indah selaluku ceritakan . Adakah ini pengalaman yang harus ditempuhi setiap insan? Biar membisu burung bersiulan.. Adakah engkau yakin ini cinta? Adakah engkau pasti ini untuk selama-lamanya..??

Aku cuba untuk memahami setiap tutur bicaranya agar aku dapat merasakan keperitan yang dialami. Jangan putus harapan, sedia setia.. Kelip-kelip disangka api, kalau api, mana puntungnya? Hilang ghaib disangka mati, kalau mati, mana kuburnya? Aku yakin dan percaya , tiada sesiapa yang dapat menahan keperitan yang dialami. Luahan rasa yang bernada kecawa serta sedih diringi kisah janji yang dimungkiri lagi. Aku faham setiap luahan rasa yang cuba disampaikan. Sememangnya ia amat perit dan sejujurnya aku katakan, ia mungkin tidak mahu diulangi kembali. Tapi kenapa ia harus ada ? Cinta adalah anugerah, dan ia adalah satu lumrah. Kita harus belajar dari setiap kesilapan yang kita lalukan. Akan tetapi, adakah kita akan mengatakan yang, kita menyesal mencintai dirinya? Setiap pertemuan haruslah dipenuhi dengan perpisahan. Tidak kiralah ianya sementara atau abadi. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Biarlah semuanya pergi . Hanya kenangan yang mampu kita kenangankan. Kita hanya mampu merancang, dan Dia yang menentukan. Jika itu adalah terbaik, kita harus menerimanya. Setiap yang terjadi telahpun berlaku, dan ia tidak akan kembali. Kita harus memandang dihadapan dan jangan sesekali menoleh kebelakang. This's way of life.



# aku menulis kerana aku sedar bahawa betapa peritnya untuk menghadapi satu perpisahan. Luahan hati yang bernada sayu itu cukup untuk mengambarkan kesedihan pada dirimu. Aku harap, ia dapat dijadikan sebagai teladan . Tetapi aku yakin, kesedihan itu akan berulang suatu hari nanti . Aku juga pernah mengalaminya. Biarlah itu semua berlalu. Aku pahatkan ia didalam suka duka pada "Tahun Paling Mencabar", iaitu tahun 2011 yang telah berlalu. Perjalanan masih jauh, kita harus teruskan perjalanan hidup ini. Perjalanan mencari mu, bermula dari takdir & waktu.


Khas buat sahabat yang setia menemani kepedihan yang mendatang,
N.A.B

ZACK Kotaraya
"Kau yang tak pernah tidur"

No comments:

Post a Comment